Sejarah Hangul (한글)

Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam, eloklah sekiranya kita mempelajari asal-usul Hangul supaya ianya dekat di hati kita.

Bahasa Korea dipanggil sebagai Hangugmal (한국말) atau secara formal, Hangugeo (한국어). Tulisan Korea dikenali sebagai Hangul (한글) yang bermasud ‘The One Script’. Mengikut Kamus Wiki, Hangul bermaksud "tulisan (글) yang hebat (한)". Hangul ialah abjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean (Hanja). Ia merupakan skrip untuk Korea Utara, Korea Selatan serta Wilayah Autonomi Korea Yanbian di China. Hangul mempunyai 28 aksara (자모) pada asalnya namun 4 daripadanya tidak digunakan lagi. Hanya 24 aksara yang digunakan pada masa kini.

10 huruf vokal (vowel) + 14 konsonan (consonant) = 11 172 corak/pola (pattern)

Hangul adalah sistem penulisan yang paling logik di dunia. Ianya dianggap sebagai abjad yang paling efisyen dan menerima pelbagai pujian daripada pakar bahasa kerana penstrukturannya yang saintifik dan sistematik.

Hangul dicipta pada zaman pemerintahan Raja Sejong di era Dinasti Choson (1393-1910). Raja Sejong, pencipta Hangul dianggap sebagai pemimpin agung dalam sejarah Korea. Sebelum Hangul dicipta, Korea menggunakan sistem penulisan yang dipinjam daripada karakter bahasa Cina dan dikenali sebagai Hanja (한자, 漢字). Hanja ialah istilah Korea bagi huruf bahasa Cina.

Pada tahun 1446, abjad korea pertama dikenali sebagai Hunmin chong-um, yang bermaksud "the correct sounds for the instruction of the people." Ketika diumumkan pada peringkat awal oleh Raja Sejong, Hunmin chong-um mempunyai 28 huruf, dengan 24 daripadanya masih digunakan sehingga kini.

Konsonan Hunmin chong-um:
ㄱ, ㄴ, ㄷ, ㄹ, ㅁ, ㅂ, ㅅ, ㅇ, ㅈ, ㅊ, ㅋ,ㅌ,ㅍ, ㅎ

Vokal Hunmin chong-um:
ㅏ, ㅑ, ㅓ, ㅕ, ㅗ, ㅛ, ㅜ, ㅠ, ㅡ, ㅣ


Fakta menarik tentang Hangul:
  • Terdapat 24 huruf (자모/jamo) di dalam sistem abjad Hangul: 14 konsonan & 10 vokal. Setiap huruf digabungkan bersama menjadi blok suku kata.
  • Bentuk vokal berdasarkan 3 elemen: Manusia (ㅣ), Bumi (ㅡ) dan Langit ( ) . Dalam Hangul moden, titik berubah kepada garis pendek (short line). Vokal dicipta berdasarkan asas Falsafah Ketimuran.
  • Bunyi sesetengah konsonan berubah mengikut kedudukan, samada ia muncul di depan, tengah atau akhir suku kata.

0 comments:

Post a Comment