Kata-kata aluan

Ok, setelah menjenguk tinjau website dan blog yang ada, saya tidak ketemui 1 pun yang menyediakan pelajaran bahasa Korea. Kebanyakannya berbahasa Inggeris, dan kalau dalam bahasa pun, ianya dalam bahasa Indonesia. Rasanya, eloklah saya menyediakan blog ni untuk orang-orang kita sama-sama mempelajari bahasa Korea (seiring dengan perkembangan Korea sekarang yang semakin diterima ramai di Malaysia).

Jujurnya, saya menghadapi kesukaran untuk memilih ayat yang sesuai atau menterjemahkan sesuatu makna kerana kecetekan vocab bahasa Melayu saya sendiri (gah.. saya patut belajar bahasa sendiri dengan lebih mendalam. Tambahan pula saya menggunakan dialek). Maka, saya sediakan option Inggeris, Melayu & Korea untuk sesetengah perkataan bagi memudahkan lagi pemahaman & mengelak daripada tersalah terjemah/translate.

Saya bukannya pakar dalam bahasa Korea. Saya sendiri sedang mempelajari, dengan inisitif sendiri, dan rujukan dari Internet. Kiranya, blog ini berkembang, seiring dengan perkembangan bahasa Korea saya. Andai ada mana-mana info yang salah, saya mohon maaf awal-awal lagi. Ini hanya satu initiative daripada saya untuk memperkayakan rujukan dalam bahasa kita sendiri. Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa untuk memperbetulkan kesalahan saya, dan mengajar saya untuk mahir berbahasa Korea. Terima kasih...

0 comments:

Post a Comment