Showing posts with label tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label tatabahasa. Show all posts

Kata Ganti Nama (Pronouns)

Untuk penutur Bahasa Melayu, kata ganti diri di dalam Korea bukanlah sukar untuk dipelajari kerana Bahasa Melayu turut kaya dengan Kata Ganti Diri. Namun, kata ganti diri Korea kebanyakannya dibezakan melalui bentuk kata (seperti kata hormat) dan jantina (lelaki dan perempuan). Bahasa Melayu tidak begitu menekankan penglibatan jantina dalam mengeksperisikan kata ganti diri seperti ‘Dia’. ‘Dia’ boleh dirujuk sebagai ‘dia lelaki’ atau ‘dia perempuan’ bergantung kepada konteks ayat.

Korea asalnya tidak mempunyai Kata Ganti Nama, secara tradisionalnya. Walaupun ianya biasa digunakan sekarang, panggilan berasaskan pangkat lebih diutamakan.

Contohnya, seorang pekerja tidak akan bercakap dengan ketuanya, “Encik/Awak ada panggilan telefon.” Seorang pekerja sepatutnya bercakap, “Ketua Bahagian, ada panggilan telefon” (atau apa sahaja panggilan yang bersesuaian dengan orang tersebut). Orang Korea mula menggunakan Kata Ganti Nama apabila ianya diperlukan untuk menterjemahkan bahasa barat ke dalam bahasa mereka.


Untuk setiap Kata Ganti Nama, terdapat bentuk tidak formal dan hormat (humble/honorific) untuk Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Diri Kedua. Dalam jadual di atas, kata ganti pertama yang diberi ialah kata rendah diri, yang digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang lebih tua atau berstatus tinggi.

당신, bentuk rendah diri (humble form) untuk너 yang secara harafiahnya (literally) bermaksud ‘Kawan’, tetapi hanya digunakan untuk membahaskan diri (a form of address) dan lebih sopan daripada친구 (chingu), perkataan biasa untuk ‘Kawan’.

Secara umumya, orang Korea mengelak daripada menggunakan kata ganti diri kedua, terutamanya ketika menggunakan bentuk kata hormat. Ini boleh diaplikasikan dengan:
  • Mengeluarkan subjek dalam ayat sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. Dalam bahasa English, ianya memerlukan subjek untuk membentuk sesuatu ayat, tetapi keadaan ini tidak menjadi kelaziman dalam perbualan Korea dan Bahasa Melayu.
  • Menggunakan nama individu. Namun ianya praktikal apabila bercakap dengan seseorang yang lebih muda daripada kita. Untuk seseorang yang lebih tua, lazimnya pangkat atau istilah kinship digunakan.
  • Menggunakan salah satu daripada berikut: 언니 (eonni, "Kakak" jika penutur perempuan), 누나 (nuna, "Kakak" jika penutur lelaki),오빠 (oppa, "Abang" jika penutur perempuan), 형 (hyeong, "Abang” jika penutur lelaki), 아줌마 (ajumma, "Mak Cik"), 아저씨 (ajeoshi, "Pakcik"), 할머니 (halmeoni, "Nenek") of 할아버지 (harabeoji, "Datuk"). Korea biasa menggunakan istilah kinship untuk orang yang langsung bukan ahli keluarga.
  • Menggunakan panggilan bersesuaian. Contohnya, sekiranya bercakap dengan guru, kita boleh menggunakan 선생님 (seongsaengnim, "Cikgu") (Nota: namun begitu 선생님selalunya digunakan sebagai panggilan hormat kepada kerjaya professional lain seperti peguam, doktor dsb).
  • Menggunakan kata ganti diri majmuk여러분 (yeoreobun, “Kalian”) apabila bersesuaian.

Partikle (Particle)

Pembelajaran ringkas untuk hari ini. Terdapat 3 partikle dasar untuk membuat ayat asas Korea. Untuk memudahkan pita suara (vocal cord) kita, partikel digunakan bergantung samada ianya ditambahkan pada ayat yang berakhir dengan konsonan (seperti 문) atau vokal (seperti 나무)



Partikel ini menentukan sesuatu itu subjek, objek atau topik. Memang kena hafal...

Susunan Ayat (Word Order)

Dalam bahasa melayu, secara umumnya, susunan ayat adalah mirip dengan Bahasa Inggeris; Subjek – kata kerja (verb) – Objek.
Ali menyepak bola
Encik Farid membaca buku
Perhatikan pola/corak ayat tersebut. Subjek dinyatakan terlebih dahulu, diikuti kata kerja dan objek di akhir ayat. Ayat tersebut tidak boleh diubah tanpa mengubah maknanya atau membentuk ayat yang salah. Contohya, Ali bola menyepak atau bola menyepak Ali.

Turutan ayat dalam Korea biasanya subjek – objek – kata kerja. Kata Kerja sentiasa berada di akhir ayat.

Bahasa: Saya membaca buku
Saya (subjek) membaca (kata kerja) buku (objek)
Korea: 내가 책을 읽습니다.
내가(subjek) 책을(objek) 읽습니다(kata kerja).
Contoh lain..
연식이 죤을 봅니다 Young-shik (Subjek) John (Objek) nampak (Kata Kerja)

이 dan 을 adalah penanda (marker) atau secara teknikalnya dikenali sebagai partikel(particle). Partkel ini mengklasifikasikan setiap ayat samada subjek, objek atau kata kerja [Kenali partikle di sini]. Dalam erti kata lain, ia juga boleh ditulis sebegini:
죤을 연식봅니다
.. ianya tetap membawa maksud yang sama.

Adakah ini bermakna kita dapat mengubah susunannya tanpa mengambil kira turutan normal subjek-objek-kata kerja? TIDAK! Untuk mengekalkan konsistensi dan memudahkan perbualan, orang Korea sentiasa menggunakan subjek-objek-kata kerja & kata kerja sentiasa diakhir ayat.
Kata Kerja yang berada di bahagian akhir ayat adalah bahagian paling penting dalam percakapan kerana subjek dan objek boleh ditinggalkan di dalam perbualan Korea.