Showing posts with label Sino-Korea. Show all posts
Showing posts with label Sino-Korea. Show all posts

Penggunaan Sistem Nombor

Oleh kerana Hangugeo mempunyai 2 sistem nombor, penggunaannya juga bergantung kepada keadaan, bilakah Korea Asli digunakan & bila pula Sino-Korea digunakan. Dalam Korea Asli, sekiranya nombor tersebut diikuti dengan classifier selepasnya (seperti perkataan시 ‘pukul’ ketika memberitahu waktu), nombor berakhir dengan digit 1-4 dan nombor 20 berubah seperti berikut:
하나 menjadi 한
둘 menjadi두
셋 menjadi 세
넷 menjadi 네
스문 menjadi 스무
Korea Asli banyak digunakan untuk membilang sesuatu benda, tetapi digabungkan dengan ‘classifier’ seperti개 gae (classifier paling biasa digunakan), 명 myeong (untuk orang), and 병 byeong (untuk botol). Ia juga digunakan untuk menyukat masa (menggunakan 시 shi " pukul") dan umur (menggunakan 살 sal "tahun"). Banyak classifier digunakan untuk kata nama (noun) berlainan. Contoh:
다섯 명 5 orang
소주 두 병 2 botol Soju
세 시 Pukul 3
스무 살 20 tahun
Sino-Korea yang dipinjam daripada huruf Cina biasanya digunakan untuk menyatakan tahun, bulan, hari, minit, mata wang dan nombor telefon.

* Uniknya, sistem nombor Korea menggunakan Korea Asli untuk menyatakan jam, tetapi menggunakan Sino-Korea untuk minit. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam topik Masa nanti.

Peraturan umum:
Segala yang berkaitan dengan kalendar, seperti bulan, hari dan tahun adalah dalam nombor Sino-Korea. Apa sahaja yang berkaitan dengan objek, seperti haiwan, manusia, perabot menggunakan Korea Asli. Ini bermakna, tiada jalan lain melainkan menghafal bilakah sistem nobor tersebut digunakan.

Sistem Nombor

Terdapat 2 set nombor di Korea; Korea asli (Native Korean) & Sino-Korea. Sino-Korea adalah pinjaman daripada bahasa Cina. Penggunaan sistem nombor tersebut bergantung kepada konteks penggunaanya.

Uniknya, Korea asli hanya berada dalam lingkungan 1 – 99, kerana angka selepas itu menggunakan sistem no. Sino-Korea. Ini bermakna, Korea Asli tidak mempunyai sistem nombor selepas angka 99.


Korea Asli:
Untuk menyebut angka 11, ianya adalah열하나 (yeolhana).
Formula: 10 (열) + 1 (하나) = 11 (열하나)
Oleh sebab itu, selepas no. 10 hanya nilai gandaan 10 diberikan sehingga 90. Sekurang-kurangnya, sebanyak 18 nombor Korea yang perlu dihafal.

Untuk memudahkan pemahaman, Yeol (열) bermaksud ‘sepuluh’, tetapi juga digunakan untuk mewakili ‘belas’ di dalam bahasa Melayu. Tetapi berbeza dengan Melayu, 11 disebut sebelas (belas berada di akhir perkataan) tetapi Korea menyebutnya sebagai yeolhana (열diletakkan dibahagian hadapan).

Sino-Korea:
Untuk menyebut angka 32, ianya adalah삼십이 (samship-i).
Formula: 3 (삼) x 10 (십) + 2 (이)
Hanya beberapa nombor yang perlu dihafal, iaitu 13. Dengan hanya 13 nombor asas, ianya boleh mencecah 2 juta nombor.