Sistem Nombor
Terdapat 2 set nombor di Korea; Korea asli (Native Korean) & Sino-Korea. Sino-Korea adalah pinjaman daripada bahasa Cina. Penggunaan sistem nombor tersebut bergantung kepada konteks penggunaanya.
Korea Asli:
Untuk menyebut angka 11, ianya adalah열하나 (yeolhana).
Formula: 10 (열) + 1 (하나) = 11 (열하나)Oleh sebab itu, selepas no. 10 hanya nilai gandaan 10 diberikan sehingga 90. Sekurang-kurangnya, sebanyak 18 nombor Korea yang perlu dihafal.
Untuk memudahkan pemahaman, Yeol (열) bermaksud ‘sepuluh’, tetapi juga digunakan untuk mewakili ‘belas’ di dalam bahasa Melayu. Tetapi berbeza dengan Melayu, 11 disebut sebelas (belas berada di akhir perkataan) tetapi Korea menyebutnya sebagai yeolhana (열diletakkan dibahagian hadapan).
Sino-Korea:
Untuk menyebut angka 32, ianya adalah삼십이 (samship-i).
Formula: 3 (삼) x 10 (십) + 2 (이)Hanya beberapa nombor yang perlu dihafal, iaitu 13. Dengan hanya 13 nombor asas, ianya boleh mencecah 2 juta nombor.
0 comments:
Post a Comment