Korea Keyboard I

Awal-awal belajar Korea dahulu, saya selalu copy+paste je setiap kali saya memerlukan huruf/ayat Hangul. Banyak kerja dan leceh pun ada. Rupa-rupanya ada cara mudah untuk menaip sendiri Hangul walaupun tidak mempunyai papan kekunci (keyboard) Hangul khas.

Ini mudah untuk English Keyboard. Untuk Malaysia, perkara ini tidak menjadi masalah kerana rata-rata menggunakannya. Kali ini, saya hanya bagi anda link untuk terus install keyboard Korea. Saya akan cuba menterjemahkannya & menerbitkan tutorial sendiri selepas ini. Langkah-langkahnya tidak susah, cuma anda mungkin memerlukan cd Windows (untuk pengguna Windows).

Bagaimana mahu install?
Lepas install tu, ada sedikit masalah untuk menggunakannya kerana huruf Hangul tidak tertera pada keyboard anda, sebaliknya anda perlu mengetahui setiap kekunci (key) pada keyboard anda itu mewakili huruf apa dalam Hangul. Jika ingatan anda kuat, anda boleh menghafalnya [lihat Korea Keyboard II].

Tetapi saya sedikit malas. Ini yang terjadi kepada keyboard saya ^___^:

0 comments:

Post a Comment