Abjad Hangul

Sistem abjad Hangul mempunyai 14 konsonan (consonant) dan 10 vokal (vowel). Kombinasi konsonan dan vokal ini boleh menghasilkan pola (pattern) sehingga 11, 172 pola.

Konsonan: ㄱ, ㄴ, ㄷ, ㄹ, ㅁ, ㅂ, ㅅ, ㅇ, ㅈ, ㅊ, ㅋ,ㅌ,ㅍ, ㅎ

ㄲ, ㄸ, ㅃ, ㅆ, ㅉ ialah Konsonan Ganda atau gabungan dua konsonan. Ianya disebut dengan tebal berbanding bunyi konsonan asalnya, dan tidak mempunyai simbol IPA untuk mewakilinya.
Contoh: ㄸ + ㅣ = 띠

Vokal: ㅏ, ㅑ, ㅓ, ㅕ, ㅗ, ㅛ, ㅜ, ㅠ, ㅡ, ㅣ

ㅐ, ㅒ, ㅔ, ㅖ, ㅘ, ㅙ, ㅚ, ㅝ, ㅞ, ㅟ, ㅢ dikenali sebagai Vokal Ganda atau gabungan dua vokal
Contoh: ㄱ + ㅐ = 개

Nota lain:
Sesetengah daripada suku kata (syllable) tersebut tidak digunakan dalam menghasilkan perkataan yang praktikal. Setiap konsonan mempunyai namanya tersendiri yang mewakili cara menyebutnya dan bunyi yang dihasilkannya.
  1. Diphthong [ㅘ, ㅙ, ㅞ, ㅝ, ㅒ, ㅢ, ㅚ, ㅟ] – bunyi yang dihasilkan melalui gabungan 2 vokal di dalam 1 suku kata, di mana bunyinya dimulakan dengan 1 vokal dan diikuti vokal seterusnya.
  2. Aspirated Consonant [ㅊ, ㅋ, ㅌ, ㅍ, ㅎ] – sebutan (bunyi) konsonan dengan menyebut bunyi ‘h’ dipermulaan perkataan. Konsonan ini tidak sukar untuk disebut dalam Bahasa Melayu kerana kita sering menggunakannya. Tapi sukar untuk saya mencari contoh yang sesuai dan bagaimana mahu membezakannya. Hmm...
  3. Glottalized Consonant [ㄲ, ㄸ, ㅃ, ㅆ, ㅉ] – disebut dengan lebih tebal, keras berbanding dengan konsonan biasa.
Peraturan Ringkas:
  • Apabila ㅅ diikuti dengan ㅣ, ia dirumikan sebagai shi. Contoh: 다시 (lagi) akan menjadi dashi.
  • Untuk mengelakkan kekeliruan, tanda sempang (-) boleh digunakan. Contoh: 후에 (selepas) menjadi hu-e.
  • Apabila ㄱ, ㄷ, ㄹ, ㅂ digunakan sebelum vokal, ia dirumikan sebagai g, d, r, b.
  • Apabila ㄱ, ㄷ, ㄹ, ㅂ digunakan sejurus selepas konsonan, ia dirumikan sebagai k, t, r, p.

0 comments:

Post a Comment