Kombinasi Konsonan (자음) & Vokal (모음)

Seperti bahasa-bahasa lain, gabungan vokal dan konsonan membentuk suku kata, dan ianya ditulis dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Vokal dalam bahasa Korea ditambahkan disebelah kiri, kanan atau bahagian bawah antara satu sama lain untuk membentuk perkataan seperti contoh berikut:
ㄱ + ㅏ = 가 (ka) ㄱ + ㅗ = 고 (ko)
Apabila membina sesebuah perkataan, konsonan dan vokal perlu digabung, bermula dengan konsonan pada setiap permulaan perkataan. Dalam sesetengah kes, konsonan tidak digunakan pada permulaan perkataan tetapi digantikan denganㅇ (huruf tanpa bunyi, sekiranya bersendirian tanpa pasangan vokal).


Kaedah lain penstrukturan perkataan:

Suku kata (syllable) yang mengandungi konsonan dan vokal menegak/vertikal ditulis dengan konsonan dibahagian kiri dan vokal dibahagian kanan:
ㄴ + ㅏ = 나 | n + a = na
Suku kata yang mengandungi konsonan dan vokal melintang/horizontal ditulis dengan konsonan di atas dan vokal dibahagian bawah:
ㅁ + ㅗ = 모 | m + o = mo
Suku kata yang mengandungi konsonan, vokal dan konsonan, konsonan akhir (yang dikenali sebagai pendukung atau ‘supporting floor’) diletakkan dibahagian bawah, atau lantai dalam suku kata tersebut.
ㅁ + ㅏ + ㄴ = 만 | m + a + n = man
Kombinasi setiap abjad:

Gabungan Konsonan dan vokal menghasilkan 11, 172 corak/pola.
10 huruf vokal (vowel) + 14 konsonan (consonant) = 11 172 corak/pola (pattern)
Ianya boleh diperhatikan dalam gambarajah di bawah. (Nota: Huruf yang berwarna kelabu tidak lagi/jarang digunakan pada masa sekarang)



0 comments:

Post a Comment