Masa

Untuk menyatakan masa, Korea Asli digunakan untuk jam, diikuti classifier untuk pukul/jam, 시 (shi). Sekiranya terdapat minit, nombor Sino-Korea digunakaan, dan classifier untuk minit ialah (pun).

Korea menyatakan masa seperti, “Sekarang... (Now is...)” Maka, ianya disebut, "지금은 여섯시 입니다" untuk memberitahu “Sekarang pukul 6”. "지금은" bermaksud ‘Sekarang (now is..)’, "여섯시" bermaksud “Pukul 6 (o’clock)” atau juga boleh diinterpretasikan sebagai “Jam 6”, dan "입니다" diterjemahkan secara kasar bermaksud “ialah (it is/be).”

Pukul/jam, 시 (shi) mungkin sedikit mengelirukan. Kenapa시 juga membawa makna pukul (o’clock) & jam (hour)? Dalam bahasa Melayu, jam boleh digunakan untuk menggantikan pukul. Begitu juga dalam Korea. Contohnya, kita menyebut “Pukul 6:30”, dan juga “Jam 6”. Jam biasanya digunakan ketika waktu itu tidak mempunyai minit. Sekiranya ianya pukul 6:30, bunyinya sedikit pelik untuk menyatakan “Jam 6:30 minit” tetapi masih difahami.

Dalam Korea, 시 secara kasarnya merujuk kepada ‘jam’ tetapi turut digunakan untuk menyatakan pukul (o’clock). Ini boleh diperhatikan dalam contoh perbualan berikut:
지금 몇 시에요? Pukul berapa sekarang? (What is the time now?)
지금, 7시에요 Sekarang, pukul 7 (Now, it's 7'o clock)
지금, 2시 30임니다 Sekarang, pukul 2 30 minit (Now, it's 2:30)
지금, 4시 반임니다 Sekarang, pukul 4 setengah (Now, it's 4:30)
Perhatikan contoh ketiga. 지금, 2시 30임니다 diterjemahkan sebagai “Sekarang pukul 2 30 minit (Now, it's 2:30).” Tetapi sekiranya diterjemahkan secara harafiah (direct translation) ianya berbunyi “Sekarang, 2 jam (시) 30 minit ().” Bunyinya ada sedikit tidak kena, bukan? Seperti mengukur masa yang telah berlalu. Tetapi, berhati-hati dengan penggunaan시. Ianya berada dibelakang nombor, bukannya di depan seperti di dalam Bahasa, “Pukul 6”. Ianya ialah “6시” dalam Korea.

Bagaimana menyebut waktu dalam Korea?

Ingat, untuk시 ia menggunakan nombor Korea Asli, kemudian menggunakan nombor Sino-Korea. Contoh:
Pukul 5:30 - 다섯시 이십 (daseotshi yishippun)
5 (다섯) ialah Korea Asli, manakala 30 (이십) ialah Sino-Korea. Contoh lain:
  1. Pukul 1:39 - 한시 삼십구
  2. Pukul 2:15 - 두시 십오
  3. Pukul 7:43 - 일곱시 사십삼
Perhatikan kelainan sebutan dalam contoh 1 & 2. Ingat peraturan dalam Sino-Korea. Sekiranya nombor diikuti dengan classifier selepasnya (seperti perkataan시 ‘pukul’ ketika memberitahu waktu), nombor berakhir dengan digit 1-4 dan nombor 20 berubah seperti berikut:
( 1) 하나 menjadi 한
( 2) 둘 menjadi두
( 3) 셋 menjadi 세
( 4) 넷 menjadi 네
(20) 스문 menjadi 스무

Perbendaharaan Kata (vocabulary):

  • 지금 (只今): sekarang, ketika ini (now, at present)
  • 몇: berapa banyak (how many)
  • 시 (時): jam (hour)
  • (分): minit (minute)
  • (半): setengah [jam], (half [an hour])

0 comments:

Post a Comment